>>>>>

2 Kanak Kanak Orang Asli Yang Hilang Di Temui Selamat Dalam Keadaan Yang Mengejutkan


Dua Dari Tujuh Orang Kanak-Kanak Orang Asli Yang Hilang Ditemui Selamat.
Memetik laporan The Star, mereka adalah Norieen Yakob, 10 dan Mirsudial Aluj, 11, yang merupakan kanak-kanak paling tua di antara mereka yang hilang dari SK Tohoi pada 23 Ogos.
Semasa dijumpai mereka berada dalam keadaan lemah kerana kekurangan zat makanan dan dihantar ke hospital besar Gua Musang selepas 47 hari hilang dengan hanya meminum air sungai dan memakan tumbuhan..

Berita Harian:

Netizen lega dua kanak-kanak Orang Asli ditemui selamat
Berita dua kanak-kanak Orang Asli yang ditemui selamat tengah hari tadi disambut lega oleh netizen. Kebanyakan mereka menganggap penemuan dua murid Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi, Gua Musang itu sebagai keajaiban berikutan mereka hidup di dalam hutan tanpa bekalan makanan dan air bersih selama 47 hari. Tidak kurang ada yang mengatakan kejadian itu sebagai misteri dan mistik kerana lokasi penemuan mangsa sudah pun dimasuki oleh pasukan mencari dan menyelamat sebelum ini.

Berikut antara komen netizen dalam laman Facebook BH Online sejurus berita penemuan itu dikongsikan kepada umum. "Orang Asli ni memang terror bab hutan.. kalau mandi sungai tu memang aktiviti harian mereka. Bila duduk asrama terkurung...tu boring agak nya...tapi mungkin ada kejadian mistik. Hanya Allah yang mengetahui," kata Nurul Huda Harun. Hazzliff Ghazali pula berkata: "Hampir dua bulan tak makan...kawasan tu pasukan penyelamat cari tak jumpa... heran baru hari ini jumpa. Mistik sungguh."
Malah ada yang menyifatkan kejadian itu ada kaitan dengan alam ghaib iaitu bunian. "Tak mustahil disorok bunian...," kata Noraz Azmi Siti NoraZeemah. Sementara itu, netizen juga menzahirkan rasa syukur dengan penemuan itu dan berharap kes itu dapat diselesaikan dengan segera. Mbr Vers berkata: "Alhamdulillah... dengan penemuan ini akan merungkai segala teka-teki selama ini. Mudah-mudahan." Karifah Hussin pula berkata: "Syukur Alhamdullillah... moga dipermudahkan yang selebihnya... Semoga Allah memberi petunjuk secepat mungkin."

Di sebalik keajaiban penemuan murid itu, netizen juga meluahkan rasa kagum dengan semangat kanak-kanak berkenaan yang mampu bertahan walaupun tanpa bekalan makanan. "Kalau anak orang bandar hilang sampai sebulan lebih tak tahu apa akan jadi... yang berusia sedikit dapat bertahan. Manakala yang lebih muda meninggal. Apalah sangat kudrat budak-budak nak melawan kuasa alam... sebulan lebih hilang dalam hutan tapi masih mampu bertahan kuat betul semangat mereka... moga mereka cepat sembuh," tulis Ijal Jal.
Dalam pada itu, Salee Aliee berharap kejadian itu akan disiasat secara telus oleh pihak polis dan misteri kehilangan tujuh kanak-kanak Orang Asli itu akan terungkai tidak lama lagi dengan penemuan dua kanak-kanak itu. Kebanyakan netizen juga berharap dua lagi mangsa yang masih hilang ditemui dengan selamat. Nurul Jasmin berkata:"Tiga sudah meninggal dunia. Dua lagi selamat. Baki dua lagi masih hilang. Semoga ditemui dalam keadaan selamat." "Merungkai dua lagi yang belum ditemui... mudah-mudahan segera berkesudahan," tulis Siti Zainab Maarof.

Terdahulu, BH Online melaporkan dua kanak-kanak Orang Asli ditemui dalam selamat di Sungai Perias, manakala seorang lagi rakan mereka meninggal dunia. Dua mangsa itu dikenali sebagai Noreen Yacob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11, manakala kanak-kanak yang mati itu belum dikenal pasti identitinya. Ketiga-tiga mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada jam 12.30 tengah hari tadi. Penemuan ketiga ini menjadikan semua lima mangsa ditemui daripada tujuh kanak-kanak yang dilaporkan hilang.

Akhbar sebelum ini melaporkan gara-gara takut didenda guru kerana mandi sungai, tujuh murid Orang Asli berkenaan dikhuatiri sesat dan hilang apabila melarikan diri masuk ke dalam hutan di Pos Tohoi pada 23 Ogos lalu. Mereka yang hilang ialah Mirsudiar Aluj, 11; Norieen Yaakob, 10; Ika Ayel, 9; Sasa Sobrie, 8; Haikal Yaakob, 8; Linda Rosli, 8, dan Juvina David, 7, yang semuanya tinggal di asrama. Mangsa pertama ditemui pasukan mencari dan menyelamat kelmarin dan semalam, keluarga kanak-kanak mengesahkan mayat berkenaan sebagai Sasa.
0 Komentar untuk "2 Kanak Kanak Orang Asli Yang Hilang Di Temui Selamat Dalam Keadaan Yang Mengejutkan"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info