>>>>>

Wanita Jepun Boleh Upah Lelaki Untuk Hilangkan Tekanan Kerja


APA sahaja pekerjaan pelik dan unik boleh dilakukan di Jepun.

Macam baru-baru ini terdapat satu perkhidmatan yang dikenali sebagai Ikemeso, bermaksud lelaki kacak, yang hanya perlu mengelap air mata wanita bekerjaya yang berhadapan dengan tekanan kerja yang dihadapi mereka.

Caranya, si pelanggan perlu menelefon syarikat yang menawarkan perkhidmatan tersebut dan perlu memilih tujuh Ikemeso yang menarik perhatian mereka.

Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak USD$65 (RM278).

Kemudiannya, Ikemeso yang dipilih akan ke pejabat wanita tersebut dan membantu mengurangkan tekanan kerja dengan menyuruh pelanggannya menangis dan secara literal, Ikemeso akan menggelap air mata selain menenangkan pelanggan mereka.

Sekiranya pelanggan tidak menangis, Ikemeso akan menayangkan video yang sarat dengan emosi sehingga wanita itu akan menangis juga akhirnya. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Wanita Jepun Boleh Upah Lelaki Untuk Hilangkan Tekanan Kerja"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info