>>>>>

(TAHNIAH) Akim & Stacy Sah Sudah Bertunang

Setelah beberapa tahun menyulam cinta, kini hasrat Akim Ahmad untuk berkahwin dengan kekasihnya Stacy bakal tercapai apabila pasangan ini telah sah mengikat tali pertunangan. Ia telah di umumkan menerusi Facebook Hlive sebentar tadi.

Syukur Alhamdulillah. Majlis Pertunangan saya @akimahmad dan bakal isteri saya @stacyanam telah selamat berlangsung tadi 26hb September 2015. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami. Dan doakan yang terbaik untuk kami di masa akan datang.
Berita gembira itu telah tersebar sejak pagi tadi dimana ada sumber mengatakan majlis tersebut dibuat secara tertutup di sebuah kediaman yang terletak di Lembah Klang. Walaubagaimanapun, pengurus Stacy menafikan perkara itu.
Alhamdullilah dan tahniah kami ucapkan kepada Akim dan Stacy, semoga hubungan anda berdua diberkati sehingga ke jinjang pelamin. Kalau sudah jodoh tak kemana, harapnya selepas ini Akim dapat membimbing tunangnya untuk mengenali Islam dengan lebih baik.
0 Komentar untuk "(TAHNIAH) Akim & Stacy Sah Sudah Bertunang"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info