>>>>>

Profesor Mirip Albert Einstein Jadi Sensasi Internet Di China



SEORANG profesor warga asing yang mengajar di Universiti Pertanian dan Perhutanan di Fujian telah menjadi sensasi Internet di sana kerana rupa parasnya yang mirip dengan Albert Einstein.

Lelaki yang digelar sebagai ‘Profesor Manzou’ itu telah menetap dan mengajar di China selama 3 tahun. Walaupun usianya sudah menjangkau 68 tahun, beliau begitu bersemangat serta ceria ketika mengajar di dalam kelasnya.

not_albert_einstein4

Menurut sumber, profesor tersebut juga merasakan dirinya mempunyai iras wajah ahli fizik dari Jerman itu namun tidak sangka sama sekali bahawa beliau akan mencetuskan fenomena Internet.

not_albert_einstein2

Walau bagaimanapun, beliau juga dilihat sangat aktif dan masih mampu untuk bersukan bersama-sama dengan pelajarnya. – MYNEWSHUB.CC

not_albert_einstein3
0 Komentar untuk "Profesor Mirip Albert Einstein Jadi Sensasi Internet Di China"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info