>>>>>

Kerana Ingin Miliki Iphone 6s, Lelaki Dermalah Air Mani!

SHANGHAI – Warga China memberi reaksi bercampur apabila beberapa bank sperma di negara itu menawarkan wang 6,000 yuan (RM3,897) iaitu setara dengan harga iPhone 6s sebagai tukaran mendapatkan sperma sihat.

Lebih mengejutkan, ada pula bank sperma tempatan yang sanggup terus menawarkan iPhone 6s untuk pelanggan lelaki sebagai ganjaran jika sperma yang didermanya itu terpilih, lapor agensi media tempatan Shanghaiist.

Salah sebuah bank yang membuka tawaran itu adalah di Hospital Ruijin, yang ditubuhkan sejak 1907; namun difahamkan lelaki berkeinginan untuk menderma air mani mereka perlulah lulus beberapa syarat khas.

Calon penderma sperma perlu memiliki ukuran ketinggian 165cm, kelayakan akademik sekurang-kurangnya sarjana muda, pemegang kad pengenalan China dan tidak mewarisi sebarang penyakit keturunan atau genetik.

iPhone6s-sperm1.jpg

Jika penderma yang terpilih mahu menderma lagi di hospital itu yang merupakan sekolah perubatan Universiti Shanghai Jiao Tong; mereka perlu ada waktu senggang antara hari pengambilan sperma iaitu tempoh 48 jam.
Selain itu, calon perlu melalui prosedur pemeriksaan kesihatan menyeluruh termasuk ujian kromosom bagi mengetahui status kesuburan air mani sebelum diterima pihak hospital yang terletak di daerah Luwan tersebut.
Sekiranya lulus ujian, calon penderma hanya perlu memberikan sampel sperma sahaja untuk dibekukan. Sebagai balasan, penderma itu pula akan dibayar sebanyak wang tunai 6,000 yuan bagi setiap 17 mililiter air mani itu.
Situasi sama turut berlaku di bandar raya Hubei apabila banyak hospital tempatan sanggup membuat tawaran iPhone 6s menerusi media sosial Weibo kerana kerajaan China melarang iklan secara terbuka waima di akhbar.

iPhone6s-sperm.jpg

Pihak hospital malah menyediakan bilik khas lengkap dengan katil, krim pelincir batang zakar dan set televisyen menayangkan filem lucah bagi merangsang nafsu ketika pelanggan melancap memancutkan air mani mereka.
Awal tahun ini, laman web bisnes atas talian terbesar, Alibaba turut mewujudkan bank sperma sendiri yang berjaya menarik lebih 22,000 lelaki dalam masa 72 jam sahaja dengan tawaran wang 5,000 yuan (RM3,318).
Di satu wilayah lain di China, anak-anak muda dilaporkan mudah terpengaruh dengan tawaran yang lebih kurang sama, namun mereka perlu mendermakan sebelah buah pinggang mereka, selalunya melalui prosedur haram.
Akhbar China Daily melaporkan, polis tempatan menerima laporan kegiatan itu melibatkan penderma dari Yangzhou dan mangsa diarahkan sindiket haram untuk menjalani pemeriksaan di sebuah hospital di Nanjing.
Trend bergaya memiliki iPhone 6s menjadi fenomena dengan ramai sanggup buat apa sahaja termasuk menderma organ dan air mani bagi mendapatkan banyak wang untuk membeli gajet itu. – Agensi/Mynewhub.cc/HAA
0 Komentar untuk "Kerana Ingin Miliki Iphone 6s, Lelaki Dermalah Air Mani!"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info