>>>>>

Curang Dengan Anak Tiri, Lelaki Pukul Kekasih Dalam TV (Video)

BUCHAREST – Seorang lelaki yang juga seorang penyanyi bertaraf jutawan di Romania telah bertindak memukul kekasihnya selepas mendapati wanita itu telah berlaku curang dengan anak tirinya sendiri.
Nicolae Guta yang merupakan penyanyi digelar ‘King of Gypsy Music‘ telah menarik rambut kekasihnya, Lulia dan melontarkan kata kesat kepadanya dalam program televisyen tempatan yang sedang bersiaran langsung.

2CBF8FAD00000578-3248770-image-a-14_1443179164856

Insiden tersebut berlaku selepas Nicolae dan Lulia muncul bersama ahli-ahli keluarganya termasuk bekas isterinya, Narcisa Guta dan anaknya, Nicu, dalam sebuah program temu bual di Romania.

2CBF8FB200000578-3248770-image-a-15_1443179249850

Suasana yang pada mulanya tenang itu menjadi tegang selepas anak tiri lelaki terbabit, Nicu, telah membuat pengakuan bahawa dia telah melakukan hubungan sulit dengan Lulia.
Lulia yang dikatakan sedang mengandung kemudian dilihat tergamam dan menangis selepas diperlakukan sedemikian.

Menurut sumber, Nicu telah membuat pengakuan seperti itu bagi membalas semula cara sikap Nicolae melayan dan berlaku curang kepada ibunya, Narcisa dahulu. – Agensi/MYNEWSHUB.CC
Video Nicolae Guta pukul kekasih dalam program televisyen
0 Komentar untuk "Curang Dengan Anak Tiri, Lelaki Pukul Kekasih Dalam TV (Video)"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info