>>>>>

Khidmat Menyusu Untuk Lelaki Dewasa Akhirnya Terbongkar



KHIDMAT MENYUSU UNTUK LELAKI DEWASA TERBONGKAR

Beijing: Polis China menahan 15 orang yang terbabit dengan laman web yang berkait dengan perkhidmatan menyediakan susu badan untuk lelaki dewasa.

Laman web itu menghubungkan ibu muda dengan lelaki yang ingin menyusu terus dari payudara mereka.

Pegawai di beberapa bandar raya di China, termasuk Beijing, Hebei, Hubei dan Jiangxi sebelum itu membongkar dua sindiket pelacuran yang menawarkan khidmat berkenaan.

Menurut seorang ibu muda berusia 23 tahun yang terbabit dalam sindiket berkenaan, ahli laman web terbabit membayar 40,000 yuan (RM22,000) sebulan untuk mengakses pangkalan data wanita yang menawarkan khidmat menyusu badan, membabitkan susu saja.

Bagaimanapun, bayaran tambahan sebanyak 10,000 yuan (RM5,600) akan membolehkan mereka mengakses satu lagi laman yang menyediakan perkhidmatan menyusu dan seks.
0 Komentar untuk "Khidmat Menyusu Untuk Lelaki Dewasa Akhirnya Terbongkar"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info