>>>>>

Mengerikan..! Inilah Awan yang Dapat Membuat Pesawat Jatuh


Hilangnya pesawat Air Asia yang kini tengah heboh diberitakan, dikaitkan juga dengan fenomena alam yang terjadi. Dan, yang menjadi 'kambing hitam' lagi-lagi adalah gumpalan awan raksasa bernama Kumulonimbus yang memang menjadi momok para juruterbang pesawat komersil dan pejuang.

Beberapa sumber menyatakan bahawa pesawat berkod penerbangan QZ8501 itu gagal menembusi gumpalan awan hitam pekat tersebut. Lantas, sebenarnya apa awan kumulonimbus itu?

Awan Kumulonimbus (Cb) merupakan sebuah awan menegak yang sangat tinggi, padat, dan kerap terlibat dalam cuaca yang melampau, seperti ribut petir, tornado, dan cuaca sejuk lain.
Secara bahasa, Kumulonimbus berasal dari bahasa Latin, "cumulus" bermakna terkumpul dan "nimbus" bererti hujan. Awan ini merupakan bentukan dari hasil ketidakstabilan atmosfera.

Uniknya, awan-awan ini boleh terbentuk sendiri, secara berkelompok, atau di sepanjang garis suhu sejuk. Yang paling menakutkan adalah, awan ini boleh mencipta petir melalui jantung awan. Awan ini juga dapat membentuk menjadi supersel, dan mampu mengakibatkan sebuah badai petir besar dengan keunikan tersendiri.

Soo .. tak hairan rasanya apabila awan ini menjadi hantu para juruterbang, dan kerana ukurannya yang sangat besar, tak sedikit pesawat yang tak sanggup melewati gumpalan awan maut ini.

0 Komentar untuk "Mengerikan..! Inilah Awan yang Dapat Membuat Pesawat Jatuh "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info