>>>>>

Lelaki Paling Gemuk Di Muka Bumi Meninggal Dunia



Seorang lelaki warga Britan, Keith Martin, 44, yang disahkan lelaki paling gemuk di muka bumi, telah meninggal dunia, umum keluarganya.

Kematiannya disebabkan masalah paru-paru berair.

Ketika meninggal dunia pada Mac lalu, dia memiliki berat berat yang mencecah 444 kilogram.
Perkara itu hanya dimaklumkan kepada media Jumaat lalu.

Keith berhadapan dengan masalah berat badan berlebih hampir keseluruhan tempoh umur dewasanya. Ia bermula dengan kematian ibunya yang menyebabkan dia mula makan dengan lebih banyak.

Pada satu peringkat, Keith mengambil sehingga 20,000 kalori sehari, 9 kali lebih banyak daripada jumlah yang dicadangkan.

Pada awal tahun, dia telah menjalani pembedahan pintasan gastrik bertujuan untuk menurunkan berat badan.
Pembedahan itu berjaya namun keenganan Keith untuk tinggal di hospital (akibat homesick) dan keluar tanpa kebenaran doktor, merumitkan proses rawatan selepas pembedahan.

Dia mula mendapat pelbagai penyakit dengan paru-paru berair merupakan yang terakhir sebelum menemui maut.
1 Komentar untuk "Lelaki Paling Gemuk Di Muka Bumi Meninggal Dunia"

Mencegah lebih baik daripada merawat..huhu

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info