>>>>>

Lelaki Belanja Lebih RM500,000 Untuk Jadi Seperti Kim Kardashian


Oh, kami tak tahu apa reaksi Kim Kardashian jika melihat gambar peminat lelaki ini yang sanggup melakukan pembedahan plastik semata-mata mahu menyerupainya.

Jordan, 23, bukan sahaja telah mengubah bahagian pipi, tetapi turut menyuntik botox dan membuat tatu pada keningnya.

Kosnya? Lebih RM500,000!

Kami tak pasti jika kos sebanyak itu berbaloi dengan rupa yang dimilikinya kini, tetapi bagi Jordan dia cukup berpuas hati.


Gambar di bawah merupakan wajah asal Jordan sebelum melakukan pembedahan.

 
“Saya ketawa apabila orang mengejek betapa plastiknya wajah saya. Adakah mereka fikir saya mahukan wajah asli? Jika ya, saya pasti mahukan wang saya kembali,” katanya menerusi akhbar The Sun.
0 Komentar untuk "Lelaki Belanja Lebih RM500,000 Untuk Jadi Seperti Kim Kardashian"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info