>>>>>

Kenalkah Anda Gadis Cun Ini Yang Pernah Popular Satu Ketika Dahulu

Apakah anda pernah menonton filem CJ7? Filem yang ditulis, diarahkan, dibintangi sekaligus dipterbitkan oleh pelawak Hong Kong yakni Stephen Chow. Selain watak Chow dan alien lucu bernama CJ7, watak anak Chow dalam filem itu yakni Dicky Chow kelihatan sangat comel.

Persahabatan Dicky, kanak-kanak lucu dan nakal dengan CJ7 memang membuat penonton ketawa, kagum dan sedih. Tapi tahukah anda siapakah pelakon asal Dicky? Beliau adalah pelakon yang lahir pada 5 Ogos 1997 bernama Xu Jiao.

Dicky bukanlah kanak-kanak lelaki seperti di dalam filem tersebut, sebenarnya beliau adalah kanak-kanak perempuan. Bahkan peranan sebagai Dicky, membawa Jiao meraih anugerah di Hong Kong Film Awards 2008. Ketika itu Jiao mengakui bahawa watak lakonannya sebagai Dicky di lakonkan begitu saja.

Dalam wawancara yang pernah dilakukan odt.co.nz, Jiao mengakui bahawa keperibadian dirinya dan Dicky sangat berbeza. Namun pelakon yang sudah beranjak remaja ini mengaku bahawa lakonan menangis di adegan terakhir CJ7 adalah sangat sukar. Potongan rambut yang pendek seperti budak lelaki, membuat Jiao berjaya menjelma menjadi Dicky. Dengan kepercayaan diri bahawa rambutnya akan kembali panjang, kini Jiao sudah berinjak menjadi remaja cantik.






0 Komentar untuk "Kenalkah Anda Gadis Cun Ini Yang Pernah Popular Satu Ketika Dahulu"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info