>>>>>

Hanya Kerana Hutang, Budak Dijadikan Hamba Dan Didera



INDIA – Malang menimpa budak lelaki berusia sembilan tahun ini apabila dia diikat, dibiarkan kelaparan, dipukul dan dijadikan hamba oleh seorang lelaki, hanya semata-mata kerana ibu bapa budak tersebut gagal membayar wang yang dipinjam mereka daripada lelaki terbabit.

Kejadian itu terbongkar selepas gambar budak itu telah dirakamkan oleh jurugambar The India Express di sebuah kawasan di luar New Delhi.

Menurut The Indian Express, gambar itu adalah sahih dan dirakamkan ketika jurugambarnya berada di kawasan itu.

Amalan menjadikan anak sebagai cagaran merupakan sesuatu yang sering berlaku di India meskipun ia diharamkan.

Budak itu dibebaskan oleh jiran-jiran selepas mereka mendengar dia menjerit kesakitan akibat dipukul lelaki terbabit dikenali sebagai Net Ram.

Ram, kemudiannya melarikan diri selepas dikejar oleh penduduk.

Dia juga sudah melarikan diri dari kawasan berkenaan bersama dengan keluarganya selepas mengetahui polis kini memburunya.
0 Komentar untuk "Hanya Kerana Hutang, Budak Dijadikan Hamba Dan Didera"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info