>>>>>

‘Ritual Semut’ Suku Kaum Asli Amazon Yang Pergh! Menyakitkan



Satere Mawe, adalah suku kaum asli di hutan Amazon Brazil yang mengamalkan adat pelik lagi menyakitkan.
Ia adalah membiarkan diri digigit oleh semut Paraponera (dipanggil semut peluru atau bullet ant) yang merupakan adat warisan turun temurun mereka.
Ritual ini dilakukan sebagai syarat utama untuk melayakkan seseorang remaja lelaki dalam suku kaum itu diterima umum sebagai lelaki matang dan dewasa. .

Melalui sebuah video yang dikongsikan, seorang pemuda bernama Hamish melakukan eksperimentasi ke atas dirinya bagi menguji betapa sakitnya pengalaman digigit oleh semut peluru ini.

Tangan individu tersebut akan disarungkan dengan sejenis sarung tangan khas yang dianyam.


Di dalam sarung tangan itu serta di celah-celah barisan anyamanlah, akan diletakkan beratus ekor semut peluru.

Mereka yang kental dan kuat semangat untuk menjadi lelaki terpaksa bertahan disengat semut tersebut.
Hamish sendiri, dipaksa bertarung dengan kesakitan akibat gigitan semut-semut peluru itu sekurang-kurangnya selama 10 minit di mana dalam tempoh itu dia tidak boleh mengaduh apatah lagi menitiskan air mata.

“Sakitnya memang luar biasa. Ianya sama seperti kita memasukkan tangan ke dalam api,” ujar Hamish.
Walau bagaimanapun, kesakitan sebenar bukanlah ketika memakai sarung tangan itu.

Sebaliknya rasa sakit akan lebih terasa apabila sarung tangan dibuka.

Melalui video tersebut, anda boleh lihat sendiri reaksi Hamish yang melopong kesakitan seperti tangan telah dibakar hidup-hidup.

Bisa yang mengalir ke dalam setiap urat tangan akan mula memberikan kesan.

Bagi kaum Satere Mawe, simbolik di sebalik adat ini adalah mendidik anak lelaki suku tersebut supaya menjadi orang dewasa yang mampu melindungi keluarga dan berani menghadapi pelbagai dugaan dalam kehidupan.

Sumber: whyevolutionistrue
0 Komentar untuk "‘Ritual Semut’ Suku Kaum Asli Amazon Yang Pergh! Menyakitkan"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info