Bra merupakan salah satu pakaian dalam wanita yang paling kontroversi.
Oleh kerana itu, tempat pelancongan yang unik di mana ada pagar tempat
wanita melepaskan bra ini menjadi tempat pelancongan yang sangat
kontoversi.
The Cardrona Bra Fence merupakan objek pelancongan yang kontroversi di
Central Otago, New Zealand. Di mana di tempat ini terdapat beratus-ratus
bra yang tergantung di atas pagar.
Tempat pelancongan ini bermula muncul pada tahun 1999 semasa di mana ada
empat buah bra yang tergantung di pagar dawai, namun hingga saat ini
tidak ada yang tahu siapa yang menggantungnya.
Seperti yang dilaporkan oleh Viva.co.id, Berita unik ini pun akhirnya
tersebar ke beberapa negara, dan membuat pagar tersebut semakin dikenali
oleh banyak orang.
Hingga pada tahun yang sama di bulan Februari terdpat 60 bra yang
tergantung di pagar kawat tersebut. Lagi-lagi tidak ada yang tahu siapa
yang melakukannya.
Berita ini pun semakin tersebar dan terkenal hingga ada banyak pelancong
yang datang ke Central Otago tersebut dan menggantungkan bra di pagar
kawat yang sama.
Setelah di bersihkan bra tersebut oleh penduduk setempat, pada tahun
2000 bra di pagar tersebut semakin meningkat iaitu berjumlah 200 bra.
Hal ini membuat penduduk tempatan harus membersihkannya lagi.
Namun, kerana berita ini semakin tersebar luas, akhirnya ada banyak para
pelancong yang berminat untuk datang ke sana dan menggantungkan bra
mereka di pagar dawai tersebut.
Semakin hari semakin banyak para pelancong yang datang ke sana hingg
akhirnya jumlah bra di sana semakin meningkat. Pada tahun 2006, bra di
sana diketahui sudah berjumlah sebanyak 800 bra.
Jumlah bra tersebut sangat banyak sehingga membuat penduduk di sana
merasa risih kerana merosakkan pemandangan. Banyak warga yang lain juga
merasa malu dengan hal tersebut, akhirnya mereka memutuskan untuk
menempuh upaya hukum agar pagar bra itu benar-benar hilang.
Pada masa tahun yang sama, mahkamah pun memutuskan untuk menghapuskan
pagar tersebut, dengan alasan bahaya lalu lintas dan merosakkan
pemandangan.
Namun, walaupun begitu masih saja ada para pelancong yang nakal dan masih menggantungkan bra mereka di sana.
0 Komentar untuk "PELIK, TEMPAT PELANCONGAN INI DIPENUHI PAKAIAN DALAM WANITA"