Adakah anda masih ingat dengan jenama NOKIA yang merupakan pelopor kebanyakan jenama telefon bimbit pada masa dahulu?
Kini jenama Nokia bukan lagi pilihan utama kebanyakan pengguna tetapi
buat mereka yang membesar pada tahun 90-an dan awal 2000, pastinya
tidak akan dapat melupakan betapa berjasanya Nokia dalam hidup mereka
satu masa dahulu.
Ini kerana pada tahun-tahun tersebut, Nokia sememangnya jadi rebutan
sebagai pengeluar telefon bimbit paling menyerlah dengan pelbagai jenis
rekaan yang menarik perhatian.
Keberanian Nokia menghasilkan pelbagai reka bentuk telefon bimbit
agak pelik bila dilihat tetapi sebenarnya sangat unik dari segi
keseniannya.
Ketika itu, telefon pintar secanggih buatan iPhone, Samsung, Sony dan
lain-lain yang ada seperti hari ini langsung tidak pernah terbayang
akan wujud.
Biarpun Nokia kini bukanlah lagi sebuah jenama sepopular dulu,
berikut kami persembahkan rekaan-rekaan telefon bimbit lama buatan Nokia
yang menjadi kegemaran ramai satu ketika dulu.
Dapat dilihat rekaan Nokia bukanlah sekadar telefon bimbit yang lebih
kurang sahaja rekaannya pada hari ini – berbentuk petak dengan skrin
besar memenuhi ruang.

Nokia 2300

Nokia 3220

Nokia 5210

Nokia 7210

Nokia 8910i

Nokia PIRSM

Nokia 7370

Nokia 7600

Nokia N-GAGE

Nokia N93

Nokia 5700

Nokia 3200

Nokia 3650

Nokia 5510


0 Komentar untuk "Nostalgia: Model Handphone Nokia Yang Pernah Jadi Kegilaan"