>>>>>

Majlis Kahwin Paling Cool.. Dihadiri Ramai Superhero


Majlis perkahwinan adalah peristiwa paling bersejarah dalam hidup pasangan yang berjaya menyatukan cinta mereka.

Maka, bermacam-macam idea dilakukan pada hari perkahwinan bagi menjadikannya saat paling bermakna dan sukar dilupakan bukan sahaja buat pasangan pengantin tetapi juga jemputan yang diundang.
Bagi pasangan Ali Butrym dan Ryan Jeziorski, minat mendalam terhadap dunia superhero telah membuatkan mereka memilih tema Batman pada hari perkahwinan.

Pasangan berasal dari Fort Worth, Texas itu disatukan oleh paderi yang memakai kostum Batman manakala Ali dan Ryan masing-masing memakai kostum watak Harley Quinn dan Joker.

Lebih menarik, para tetamu turut hadir memeriahkan majlis dengan mengenakan kostum superhero terkenal lain.
Pernikahan-Ala-Batman_5 

Pernikahan-Ala-Batman_2 
 Pernikahan-Ala-Batman_6 
 Pernikahan-Ala-Batman_8
Kemunculan bapa pengantin yang memakai helmet Iron Man ketika mengiringi anak perempuannya turut mencuit hati tetamu yang hadir.



Pernikahan-Ala-Batman_11

Pernikahan-Ala-Batman_3
 Pernikahan-Ala-Batman_10

Pernikahan-Ala-Batman_1
Menurut pengantin, mereka sendiri terkejut melihat tetamu yang dijemput begitu sporting apabila datang dengan mengenakan kostum superheroes pilihan mereka.

Sudah pasti, majlis ini akan jadi antara majlis kahwin paling sukar dilupakan bukan sahaja oleh pengantin tetapi juga kawan-kawan dan sanak saudara yang hadir.  - MYNEWSHUB.CC

0 Komentar untuk "Majlis Kahwin Paling Cool.. Dihadiri Ramai Superhero"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info