>>>>>

Lelaki Tua Makan Bertemankan Gambar Mendiang Isteri





Kisah ini menjadi ‘viral’ di laman internet dan menyentuh hati banyak pihak kerana kesetiaan cinta seorang warga emas terhadap pasangannya. Ia berlaku di sebuah restoran di Fremont, California, Amerika Syarikat.
Satu gambar yang dimuat naik individu bernama Madina Bashizadah di laman Twitter minggu lalu memperlihatkan seorang lelaki yang sedang menikmati hidangan, bertemankan sekeping foto bersama mendiang isterinya.

Menurut Madina yang menyaksikan kejadian tersebut, lelaki itu makan sambil merenung ke arah foto yang diletakkan di atas meja. Kejadian tersebut menyebabkan Madina terharu dan menangis.

Apabila saya melihat perlakuan lelaki itu, saya menjadi emosional dan menangis. Kawan menyuruh saya untuk bercakap dengan lelaki itu tetapi saya tidak mampu kerana terlalu tersentuh.”

Namun begitu, ada pelanggan lain yang mendekati lelaki tersebut dan bertanyakan tentang gambar itu. Warga emas terbabit mengakui wanita itu adalah isterinya dan telah meninggal dunia lima tahun lalu.

Warga emas itu juga kelihatan teruja apabila diajak bercakap tentang mendiang isterinya, dan menceritakan tentang kisah indah mereka ketika isterinya itu masih hidup.

Menurut Madina, lelaki tersebut mengenali pasangannya ketika berusia 17 tahun. Walaupun pada ketika itu dunia berhadapan peperangan dan memisahkan mereka selama 10 tahun, namun lelaki itu tidak pernah berhenti untuk mencari wanita terbabit.

Suatu hati ketika dia menceritakan kepada tukang gunting rambut perihal gadis itu, tukang tersebut lantas memanggil anak perempuannya. Rupanya, itulah perempuan yang dicari selama ini.”
Mereka berkahwin tidak lama selepas itu dan ia berkekalan sehingga 55 tahun sebelum pasangannya meninggal. Dia kemudiannya membawa gambar tersebut ke mana-mana sahaja, setiap hari.”

Beberapa minggu lalu, sebuah portal juga menulis perihal kisah itu. Secara kebetulan, ia merupakan lelaki yang sama, di tempat yang sama namun pada hari berbeza.

Tulis portal Imgur, “Pastikan kamu bercakap dengan orang yang lebih tua, terutama orang asing. Mungkin kamu akan berfikir yang kamu akan membuatkan harinya menjadi indah, namun mungkin kamu terkejut kerana mereka juga mampu membuatkan hari kamu lebih bermakna.”
Ya, itulah ‘kuasa’ sekeping gambar yang mampu menterjemahkan seribu makna. –


 love-is-forever

0 Komentar untuk "Lelaki Tua Makan Bertemankan Gambar Mendiang Isteri"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info