>>>>>

Lelaki Beli 99 Iphone 6 Untuk Luah Perasaan Cinta Kepada Rakan Sekerjanya..



Seorang lelaki dari Guangzhou yang bekerja di sebuah syarikat permainan video menggunakan 500,000yuan (RM273,232) untuk membeli 99 buah iPhone 6 bagi tujuan hiasan ketika dia meluahkan cintanya kepada seorang rakannya sekerjanya. Perbuatan dia ini lebih mengejutkan orang ramai berbanding perbuatan seorang Tycoon di China yang menghadiahkan iPhone 6 kepada semua pelajar di sebuah Sekolah Tinggi di sana.


Lelaki tersebut, yang telah menggunakan semua duit simpanannya yang dikumpul selama dua tahun, menyusun kesemua 99 buah iPhone baru itu menjadi sebentuk hati ditengah-tengah tempat parking kereta ketika waktu rehat.



Rakan sekerja wanitanya, yang diminati oleh lelaki terbabit, tiba di tempat tersebut setelah dipujuk dan ditekan dari rakan sekerja yang lain, namun dia tidak memberi sebarang respons luahan cinta lelaki itu lagi.
0 Komentar untuk "Lelaki Beli 99 Iphone 6 Untuk Luah Perasaan Cinta Kepada Rakan Sekerjanya.."

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info