Beliau yang
sedang bercuti terkejut apa videonya memaksa pelajar tersebut dengan
kasar telah dirakam oleh pelajar lain telah dimuat naik ke internet.
Denny Peterson,
telah yang sudah 10 tahun bekerja di sekolah tersebut dilihat sedang
memaksa seorang pelajar dengan kasar di dalam satu rakaman video yang
berdurasi 95 saat. Dalam video itu beliau dilihat menggunakan sepenuh
kekuatanya untuk menarik gadis tersebut ke dalam kolam renang di Sekolah
Tinggi Edison.
Menurut Gilbert
Somera, peguam yang mewakili gadis tersebut berkata. "Tindakan yang
dilakukan di dalam kelas tersebut adalah sesuatu yang menjijikkan dan
keji kerana menarik seorang remaja perempuan dengan begitu kasar sekali
walaupun gadis itu berkali-kali merayu dengan berkata 'jangan jatuhkan
saya ke bawah,' "
Peterson yang
bercuti bergaji selama sebulan itu telah menerima sebarang kemungkinan
didakwa kerana perbuatannya itu. Beliau yang akan mulakan tugas pada
hari khamis ini bagaimanapun telah di gantung kerja oleh pihak sekolah
sehingga kes tersebut selesai.
Dalam kejadian
itu gadis tersebut telah dipaksa dengan kasar kerana tidak mahu terjun
dalam kolam untuk mengelakan rambutnya rosak kerana beliau mempunyai
majlis penting pada hari yang sama.
Somera berkata
guru tersebut mempunyai pelbagai cara lain untuk menghukumnya tetapi
bukan dengan kekerasan yang boleh membawa kecederaan.
0 Komentar untuk "GURU MEMAKSA PELAJAR TERJUN KE DALAM KOLAM RENANG SEHINGGA MENYEBABKAN KECEDERAAN"