>>>>>

Akibat Cemburu, Wanita Langgar Bekas Kekasih Dan Pasangannya



CHINA – Akibat perasaan cemburu yang menguasai fikiran, seorang wanita nekad melanggar bekas teman lelakinya dan kekasih baru lelaki itu sebatang jalan yang sesak dengan orang ramai.

Namun tindakan wanita itu, Jiao T’an, 28, bukan hanya mencederakan bekas kekasihnya dan pasangannya itu malah menyebabkan lima orang yang lain juga cedera akibat dilanggar olehnya.

Suasana ketika itu menjadi kelam kabut dengan orang ramai di jalan tersebut bertempiaran menyelamatkan diri.

Menurut saksi, Yue Yan Shih, dia berjaya mengelak diri daripada dilanggar oleh Jiao.

“Kereta itu pada mulanya berhenti di jalan Longquan dan kemudian wanita itu keluar dari kenderaan tersebut serta mula menjerit kepada seorang lelaki dan pasangannya.

“Wanita itu kelihatan marah pada lelaki tersebut. Namun lelaki itu kemudian menoleh ke depan dan terus berjalan dengan teman wanitanya.

“Tidak lama kemudian, pemandu kereta itu terus melanggar pasangan kekasih tersebut,’’ katanya.
Mereka yang cedera bergelimpangan di atas jalan. Wanita itu kemudiannya ditarik keluar daripada kenderaan tersebut.

Menurut polis, Jiao T’an, 28, dan bekas kekasihnya itu, Chen Wei, 29, telah memutuskan hubungan tiga tahun lalu namun mereka masih berkawan baik.

Pada masa sama, Jiao T’an berharap dapat kembali kepada Chen Wei.
Jiao T’an telah ditangkap oleh polis dan siasatan kini dijalankan ke atasnya.
0 Komentar untuk "Akibat Cemburu, Wanita Langgar Bekas Kekasih Dan Pasangannya"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info