>>>>>

Wartawan Di Bunuh Dan Mayatnya Di Pamerkan Dalam Akaun Twitternya Sendiri

Perang antara Geng dadah Mexico dan pihak kerajaan Mexico terutamanya Agensi Narkotik di Mexico adalah antara paling ganas di dunia.

Terbaru seorang wanita di bunuh oleh kumpulan pengedar dadah Mexico yang telah berjaya mengesan dan membunuh seorang wartawan media sosial yang berkempen untuk mendedahkan keganasan geng tempatan - kemudian dengan menggunakan akaun Twitter beliau sendiri, kumpulan geng dadah ini telah memasukkan gambar mayat beliau sendiri untuk untuk tontonan follower.

MarĂ­a del Rosario Fuentes Rubio menggunakan yang menggunakan nama samaran untuk melaporkan jenayah terancang di negeri Mexico Tamaulipas - di mana peras ugut, tembak-menembak, penculikan dan pembunuhan merajalela.

Sangat sedikit dari kejahatan-kejahatan ini dapat dilaporkan dalam media arus perdana kerana pengedar dadah - Zetas dan Gulf Cartel - telah menyebabkan rasa takut dan intimidasi untuk memerintahkan sekatan media.

Ini bermakna bahawa rakyat tempatan beralih kepada Facebook dan Twitter untuk berkongsi laporan jenayah dan rasuah.
0 Komentar untuk "Wartawan Di Bunuh Dan Mayatnya Di Pamerkan Dalam Akaun Twitternya Sendiri "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info