Itulah, ada
sebabnya kenapa Islam melarang umatnya untuk mengambil minuman
beralkohol. Kisah benar ini berlaku terhadap seorang wanita di China
akibat pengambilan minuman tersebut.
Shen Ailan yang berusia 57 tahun telah mabuk selepas mengambil sejenis vodka China – Baijiu sebanyak 2 botol.
Untuk menghilangkan pening, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk merendamkan kepalanya ke dalam sebatang sungai.
Dia terjun ke dalam Sungai Yangtze di Bandar Huangshi, Wilayah Hubei dan sedikit masa kemudian, dia tidak sedarkan diri.
Ajaibnya, selepas
10 jam, Ailan kembali terjaga dari ‘tidurnya’ dan berada di Bandar
Ruichang, kira-kira 75 kilometer dari Yangtze.
Memetik kenyataan Ailan dari laman Oddity Central,”Saya mengambil keputusan untuk membasahkan kepala agar ia segar kembali. Ia berlaku pada tengah hari dan selepas itu semuanya menjadi gelap.”
Walau bagaimanapun,
dia bernasib baik kerana masih hidup walaupun menghidapi kejutan
hipotermia akibat berada di dalam air yang sejuk.
Paramedik juga
berkata, secara automatik, tubuh Ailan telah mengekalkan posisi
kepalanya di atas permukaan air kerana arus membawanya ke hilir sungai.
Dia juga bernasib
baik kerana walaupun terdapat banyak bahaya menanti di sepanjang laluan
sungai, antaranya jambatan, bot dan kapal, namun dia tidak mengalami
sebarang luka teruk.
Ketika sedar,
tangisannya telah didengar oleh Li Chunfu, penduduk di Ruichang. Chunfu
terjun ke dalam air dan menarik Ailan keluar.
“Saya menghidu bau alkohol yang kuat ketika menariknya keluar dari sungai,” ujar Chunfu.
Sumber: MYNEWSHUB
0 Komentar untuk "Wanita Mabuk Di Bawa Arus Sungai Sejauh 75km"