>>>>>

INILAH PLAYBOY SEBENAR ADA 4 ISTERI, 7 TUNANG DAN 5 TEMAN WANITA!!

Sonko Tijan (28) ialah player sebenar yang baru sahaja ditangkap di Austria. Lelaki yang berasal dari Gambia ini ditangkap kerana menipu kesemua wanita yang mempunyai hubungan dengan beliau dan atas kesalahan berpoligami.

Sonko dilaporkan mempunyai 4 orang isteri, 7 orang tunang dan 5 orang teman wanita. Beliau merahsiakan hubungan beliau dengan 16 orang wanita ini dan berbohong dirinya adalah seorang ahli perniagaan. Apabila cinta sudah disemai beliau akan meminjam wang dan barang kemas dari wanita-wanita ini.

Helah beliau ini terbongkar apabila seorang isteri beliau menemui seorang wanita lain dengan nama keluarga yang sama dengan Sonko Tijan di Facebook. Apabila beliau melihat profil beliau menyedari wanita tersebut bergambar dengan lelaki yang kelihatan serupa dengan Sonko Tijan. Selepas berbalas mesej kedua-dua wanita ini menyedari mereka berkahwin dengan lelaki yang sama. Laporan polis dibuat dan Sonko melarikan diri sebelum ditangkap.
Pihak polis yang melakukan siasatan menemui 14 wanita lain yang turut ditipu Romeo Gambia ini. Dua orang teman wanita beliau kini sedang mengandung. Taktik yang digunakan oleh Sonko ialah beliau merupakan imigran yang baru sampai ke Austria kerana melarikan diri dari kesusahan hidup. Bermodalkan cerita sedih ini ramai wanita terpedaya dan tergerak untuk membantu beliau. So people...... don't let sob stories fool you because most of the time they are damn lies!


0 Komentar untuk "INILAH PLAYBOY SEBENAR ADA 4 ISTERI, 7 TUNANG DAN 5 TEMAN WANITA!!"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info