EDINBURGH
– SCOTLAND. Pengalaman gembira seorang wanita selepas pulang bercuti
dari Asia Tenggara bertukar mimpi ngeri apabila menemui seekor lintah
berada di dalam hidungnya sejak lebih sebulan lalu.
Menurut laporan Straits Times, Daniela
Liverani, 24, dari Scotland percaya haiwan sepanjang kira-kira 7.5
sentimeter itu masuk ke dalam hidungnya ketika berada Vietnam atau
Kemboja ketika sedang berenang.
Pada awalnya, dia menyangka hidung
berdarah berterusan yang dialami berpunca daripada saluran darah pecah
akibat kemalangan motosikal ketika percutiannya itu.
“Ketika sedang mandi, ia keluar hingga ke bibir bawah dan saya boleh lihat ia melekat pada hujung hidung saya.
Sebelum ini saya sangka objek hitam di
dalam hidung itu adalah darah beku, tetapi selepas melihat dengan lebih
dekat di cermin, baru saya sedar ia sebenarnya seekor haiwan,” katanya.
Menurut doktor, jika Liverani terlewat membuat pemeriksaan, lintah itu berkemungkinan boleh masuk ke dalam otaknya.
0 Komentar untuk "Wanita Ini Sedar Lintah Hidup Berada Dalam Hidung Selama Sebulan"