De Block yang seberat 127 kilogram, dianggap bukan contoh baik buat rakyatnya yang sedang bergelut dengan masalah obesiti.
UNITED KINGDOM, 16 Oktober:
Menteri Kesihatan Awam Belgium, Maggie
De Block merupakan tokoh politik pertama yang dikritik, gara-gara
terlalu gemuk untuk menjawat jawatan itu.
Menurut Mail Online, De Block
yang juga pemimpin politik paling popular di Belgium dan pernah
disebut-sebut bakal menjadi Perdana Menteri, mengejutkan orang ramai
dengan pelantikannya sebagai Menteri Kesihatan.
Wanita berusia 52 tahun yang seberat 127
kilogram itu, dianggap bukan contoh baik buat rakyatnya yang sedang
bergelut dengan masalah obesiti.
Kempen anti-Maggie yang diketuai wartawan stesen televisyen VRT Belgium berpangkalan
di Washington, Amerika Syarikat, Tom van de Weghe, mempersoalkan
kredibiliti pemimpin berkenaan di laman Twitter miliknya.
Namun begitu, De Block yang juga seorang pengamal perubatan sejak 25 tahun lalu, bertindak membidas kritikan itu.
“Saya sedar saya tidak kelihatan seperti
seorang model, tetapi anda harus melihat apa yang ada di dalam diri
saya, bukan dari segi fizikal saya,” katanya.
Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan
Sedunia, sebanyak 47 peratus penduduk dewasa di Belgium didapati
menghadapi masalah berat badan berlebihan, sejak 2008.
0 Komentar untuk "Menteri Dikritik Gara-Gara Terlalu Gemuk"