>>>>>

Universiti Di China larang Pelajar Bawa Handphone Semasa Kuliah


Peranti pintar dan penuntut kolej kini ibarat isi dengan kuku, boleh dikatakan sekurang-kurangnya telefon pasti akan melekat 24 jam di tangan mereka.

Aplikasi seperti SMS, Whatsapp, Twitter dan pelbagai lagi media sosial dimuat naik di peranti pintar ini.

Setiap penuntut rata-rata memiliki peranti pintar kerana ia memudahkan komunikasi dengan rakan sekuliah malah boleh mengurangkan keperluan menyalin nota di dalam kelas (ambil sahaja gambar pada papan putih).
Malang sekali, penggunaan peranti pintar di dalam kelas juga menyebabkan masalah lain iaitu tahap tumpuan yang kian berkurangan ketika sesi pembelajaran.

Oleh sebab itu, Universiti Central South di Changsha China kini mengharamkan penggunaan peranti pintar ketika menghadiri kuliah.

Setiap penuntut dimestikan meletak peranti pintar mereka di hadapan kelas semasa kuliah dijalankan.

Pengharaman ini mendapat sambutan baik daripada pensyarah, ibu bapa dan apa paling mengejutkan, oleh pelajar universiti sendiri.

Apa pendapat anda kalau perkara ini turut dikuat kuasakan di universiti atau kolej anda? - mynewshub.cc
0 Komentar untuk "Universiti Di China larang Pelajar Bawa Handphone Semasa Kuliah"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info