Tak
kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal,
motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.
Biasanya
amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke
sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada
yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin
kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan
baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa
dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin seperti itumesti
bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi
untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip
top.
Soalnya
sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya
dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang
yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?
Di
negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan
dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak
digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan
kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak
diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom
dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu
undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam
keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan.
Kenapa perkara ini ditegah?
The
Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang
terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu
persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan
enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum
meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?
Salah
seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les
Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”.
Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap,
bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah
selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah
bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih
baik jika memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi ‘gentle’
kalau pandu terus. Jadi berikut antara bahaya atau keburukkan dalam
amalan yang tidak betul ini.
DINDING SILINDER CEPAT HAUS
Tabiat
memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura
(idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah.
Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan
dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada
dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke
dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di
dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan
mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan
api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke
bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak
pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.
PALAM PENCUCUH MENJADI KOTOR
Di
samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam
pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh
yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang
demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api
sebanyak 5%.
PAIP EKZOS CEPAT BERKARAT
Pada
waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari
ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami
kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang
sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura
(idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini
menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana
akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.
FUNGSI ENJIN GAGAL BERFUNGSI DENGAN BAIK
Kenderaan
pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan
Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun dah
mula guna pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan
tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin
pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah
menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan
nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang
tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi
faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran
udara dapat diminimakan.
Walaubagaimana
pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura
(idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati
dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap
suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu
yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak
menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang
kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat
dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah
memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin
dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic
Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi
kepada alam sekitar?
MEMBAZIR DAN MENCEMARKAN
Sekarang
kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin.
Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api,
mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa
pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan
memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut
adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama,
iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun
meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah
enjin.
Jadi
apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa
untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu
naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya
perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin
telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak
pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin
laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing
seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk
memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat?
Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling?
Kesimpulannya
di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama
lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya.
Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi
kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up
enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti
pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin
kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap
boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil
sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.
Seperkara
lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan
pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda
tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT, berhenti tepi jalan
bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur,
dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan
dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah
boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta
pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap
mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu
menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan
jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.
0 Komentar untuk "Hentikan Memanaskan Enjin Kenderaan Awal Pagi !"