>>>>>

Telur Rebusan Air Kencing Dipercayai Berkhasiat Di China

Negeri China mempunyai pelbagai keunikan mereka tersendiri dan kepercayaaan dalam dunia perubatan tradisional.

Baik daripada memakan kala jengking dan binatang eksotik untuk memberikan tenaga, kini wujud pula telur rebus yang menggunakan air kencing manusia  yang dikatakan berkhasiat.

Telur yang dikenali sebagai telur ayam teruna di wilayah Zhejiang, China merupakan telur yang direbus bersama-sama air kencing kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ke bawah.

Telur tersebut hendaklah direbus sebanyak dua kali dan rata-rata penduduk mengatakan rasanya agak lazat.
Makanan ini dipercayai mampu untuk menyembuhkan sakit demam, memberikan tenaga dan berfungsi untuk menghapuskan toksin dalam darah.

Apa pendapat anda? Sanggupkah anda memakan telur rebus ini?


0 Komentar untuk "Telur Rebusan Air Kencing Dipercayai Berkhasiat Di China"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info