Ini kisah malang seorang wanita yang sedang dalam perancangan untuk berkahwin dengan cinta hatinya.
Insiden ini berlaku kerana wanita tersebut cuba menguji bakal suaminya dengan mengenakan solekan persis seorang nenek.
Namun, bakal suaminya yang terperanjat mula memaki tunangnya kerana tidak suka melihat wajah hodoh yang seperti dimamah usia.
Alahai, kesian pula nasib wanita itu yang pada mulanya ingin melihat reaksi positif bakal suaminya tapi yang diterima sebaliknya.
Lebih memalukan, bakal suaminya memaki tunangnya di hadapan orang awam di Dongmen Old Street, Shenzhen hingga menyebabkan wanita itu menangis teresak-esak .
Orang awam yang menyaksikan pentengkaran tersebut memberitahu insiden itu sebijik ala-ala aksi pertengkaran dalam filem.
Kejam betul lelaki ini sanggup memalukan tunangnya sebegitu!
Tapi kalau difikirkan semula, apa lak motif perempuan tu nak menghodohkan wajah sendiri ketika merakam gambar pra-perkahwinan tanpa berbicang dulu dengan tunangnya ye.. hmm macam-macam. –
0 Komentar untuk "‘Pelamin Angan’ Musnah, Hanya Kerana Wajah Persis Nenek"