Mayat seorang
wanita di Tuban, Jawa Timur masih utuh dan mengeluarkan bau harum ketika
kuburnya digali semula untuk dipindahkan, walaupun sudah 19 tahun
dikebumikan di situ. Makam itu digali semula bersama 16 makam lain dalam
rangka perluasan masjid.
Jasad yang utuh
tersebut adalah jasad Siti Masrinah, warga Kampung Penambang, Kecamatan
Semanding, Kabupaten Tuban di Indonesia. Siti Masrinah yang dilahirkan
pada 1913 itu meninggal dunia pada 1994 dan dimakamkan di area pemakaman
di Desa Bejagung
Menurut ahli
keluarganya, semasa hidup Siti Masrinah merupakan seorang wanita yang
sabar dan rajin beribadah. Dia juga menyayangi anak yatim dan tidak
keberatan mendermakan sebahagian hartanya untuk membantu anak yatim dan
tetangga di kampungnya.
0 Komentar untuk "Mayat Wanita Solehah Masih Elok dan Berbau Harum Walaupun Sudah 19 Tahun Dikebumikan."