>>>>>

Gambar Selebriti Hollywood Yang Hampir Tak Dapat Dicam

BARU-baru ini, kita dikejutkan dengan perubahan wajah secara total oleh pelakon Renee Zellweger yang mana hampir keseluruhan tetamu yang menghadiri majlis Red Carpet oleh Majalah Elle tidak dapat mengecam atau mengenali itu adalah Renee.
Bukan sahaja Renee, kebanyakan selebriti Hollywood juga kadang kala tidak dapat dikenali wajah mereka disebabkan taksub dengan pembedahan kosmetik yang sememangnya menjadi trend di kalangan mereka untuk kekal popular dan relevan di mata peminat.

Namun, ada juga yang memang tak dapat dikenali kerana faktor perubahan semulajadi antaranya kenaikan dan penurunan berat badan secara mendadak serta perubahan dari segi tata rias rambut.

Di bawah merupakan list selebriti Hollywood yang mungkin sedikit berbeza wajah mereka sejak dari awal kemunculan di persada seni sehingga kini. – MYNEWSHUB

RENNE.

Kiri:  Wajah asal Renee, Kanan:  Wajah terkini Renee
haley 

Haley Joel Osment, pelakon cilik yang popular dengan filem The Sixth Sense
zoeey 

Penukaran gaya rambut Zooey Deschanel merubah wajahnya yang sebelum ini sering digayakan dengan fesyen rambut gaya fringe
janice 

Janice Dickinson, juri program America’s Next Top Model ini lebih kelihatan menawan ketika di awal kemunculan di pentas peragaan antarabangsa jika dibandingkan dengan wajah ‘plastiknya’ kini
joan rivers
Kanan:  Wajah original mendiang Joan Rivers di zaman kegemilangannya, Kiri:  Wajahnya selepas menjalani pelbagai prosedur pembedahan kosmetik yang menjadi obsesinya
0 Komentar untuk "Gambar Selebriti Hollywood Yang Hampir Tak Dapat Dicam"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info