PELAKON Jennifer
Lawrence menjelaskan gambar-gambar bogelnya yang tersebar di Internet
merupakan gambar yang diberikan kepada kekasihnya iaitu Nicholas Hoult.
Jennifer berkata, gambar tersebut telah dicuri oleh pengodam Internet untuk disebarkan kepada umum.
"Gambar tersebut adalah
untuk Nicholas yang mana kami menjalani hubungan cinta jarak jauh. Namun
ia adalah merupakan hak peribadi kami sahaja.
"Saya kesal apabila ada pihak yang mengambil kesempatan dan mencuri gambar-gambar itu untuk kepentingan tertentu," ujarnya.
Tambah
Jennifer, dia pernah berniat untuk meminta maaf atas kejadian tersebut
kepada peminat, namun hasrat itu dibatalkan apabila memikirkan ia bukan
kesalahannya.
Bagaimanapun, Jennifer mengakui bimbang perkara tersebut akan menjejaskan kerjaya lakonannya.
0 Komentar untuk "Foto Bogel Saya Hanya Untuk Kekasih -Jennifer Lawrence"