Bagi seorang pelukis di China, menghasilkan karya dengan menggunakan peralatan biasa dalam seni bukanlah pilihan bagi dirinya kerana dia lebih selesa melukis menggunakan lidahnya sendiri.
Itulah keunikan Han Xiaoming dengan lidahnya. Bagaimanapun, dia tidak menggunakan warna minyak sebaliknya pewarna makanan yang ditambah gula sahaja.
Seni yang sudah dihasilkan berabad lamanya itu menggunakan gula yang dicairkan dan kemudian menghasilkan lukisan naga, monyet, ikan, anjing, burung dan bunga.
Kadangkala, ketika separuh jalan melukis dan dia berasa lapar, warna yang digunakan untuk melukis akan turut dimakan, menurut kisahnya yang diceritakan laman web Oddity Central.
Dia begitu menyukai teknik peliknya itu kerana rasa gula itu terlalu sedap sehingga membuatkan dia tidak lagi melukis menggunakan berus lukisan.
Hasilnya, kini hasil karya dengan lidahnya mendapat pujian dari seluruh negara China, dan ketika ini dia mengembara ke seluru negara membuat persembahan teknik lukisannya itu.
Dalam satu persembahannya di Hangzhou City di wilayah Zhejiang, dia mencelupkan lidahnya di dalam gula pewarna makanan dan melukis.
Dia berjaya menyiapkan dua lukisan dalam masa 40 minit dan lukisan itu dijual kepada penonton.
0 Komentar untuk "Di China Ada Lelaki Yang Melukis Dengan Menggunakan Lidahnya"