>>>>>

Suami Cemburu Buta, Tikam Rakan Sekerja Isteri Hingga Mati


CHINA – Cemburu akan isterinya, si suami telah membunuh seorang lelaki yang dia percaya adalah kekasih gelap isterinya.

Tanpa sebarang usul periksa, Qin Han, 39, percaya isterinya, Du, 33, mempunyai kekasih gelap lalu telah menikam rakan sekerja isterinya dan lelaki itu meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah. Kejadian berlaku ketika dia menunggu di luar bangunan di mana isterinya bekerja lalu Qin menikam lelaki itu selepas mereka bergaduh.

Selepas menikam lelaki itu, Qin tidak melarikan diri sebaliknya menunggu di situ hingga polis tiba meskipun isterinya ketika itu menjerit kerana terkejut.

“Apa yang saya perlu lakukan sekarang,’’ kata Du.

“Jaga anak-anak. Perkara ini tiada kaitan dengan awak,” itu jawapan Qin kepada isterinya.

Qin juga kelihatan tenang selepas menikam lelaki itu.

Menurut jiran-jiran mereka, pasangan berkenaan sering bergaduh sejak beberapa bulan lalu selepas Qin mengesyaki isterinya berlaku curang. ─ Daily Mail
0 Komentar untuk "Suami Cemburu Buta, Tikam Rakan Sekerja Isteri Hingga Mati"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info