>>>>>

Semua Staff Di Hospital Zhengzhou Ini Berpakaian Seperti Pramugari Kapal Terbang



Sebuah hospital kerajaan di Zhengzhou, China, membuat penemuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatannya. Mereka membuat semua pesakit dan pengunjung hospital terpegun.

Efektif mulai bulan ini, semua staff perubatan wanita di hospital tersebut mengenakan seragam seksi ala pramugari berwarna pink terang dengan skirt mini dan high heels dalam pekerjannya sehari-hari dalam melayani pesakit.

Jangan salah, wanita cantik yang berpakaian pink ini bukan pramugari yang sedang menolong mangsa kemalangan, mereka adalah jururawat di bahagian ICU

Para staff, yang tentu saja cantik-cantik ini, bertugas di bahagian pendaftaran, Unit Tindakan Kecemasan, menjemput pesakit di ambulans, membantu pesakit dan pengunjung dalam menjalankan prosedur perkhidmatan di hospital hingga menyajikan teh kepada para pesakit dimasukkan ke hospital dan keluarganya.

Salah seorang jururawat berpakaian seragam pramugari menghidangkan teh percuma kepada seorang pengunjung yang sanak keluarganya menjalani rawat inap


Pengarah rumah sakit tidak bimbang mengenai anggapan bahawa hal ini akan membuat kualiti perkhidmatan menurun, bahkan para pesakit dan keluarga pesakit mengapresiasi penemuan ini kerana menghapuskan stigma hospital kerajaan selalu tidak ramah bagi pesakit kelas bawah.
0 Komentar untuk "Semua Staff Di Hospital Zhengzhou Ini Berpakaian Seperti Pramugari Kapal Terbang"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info