>>>>>

Remaja Bebas Daripada Penjara Kerana Terlalu Tinggi



DEVON – Seorang pemuda yang didapati bersalah oleh mahkamah di sini baru-baru ini telah dibebaskan daripada hukuman penjara apabila dia mempunyai masalah badan yang terlalu tinggi.

Berikutan itu, Jude Medcalf, 23, cuma dijatuhi hukuman perintah berkurung selama enam bulan dan 12 bulan melakukan kerja kebajikan.

Sebelum itu, Medcalf didapati bersalah dan dihukum penjara kerana mencuri makanan dan hadiah Krismas di pejabat NHS dan melepaskan tembakan pistol angin ke arah seorang wanita.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Diraja Exeter membebas remaja itu selepas dia disahkan menghidap penyakit sindrom Klinefelter yang mengakibatkan dia mengalami penambahan ketinggian tubuh badan secara luar biasa sehingga sukar untuk dia tidur di katil penjara dan memakai pakaian seragam.

Remaja berusia 23 tahun itu kini mempunyai saiz tubuh yang terlalu tinggi sehingga mencapai 213 sentimeter.
Dia bagaimanapun telah diperintah hadir semula ke mahkamah selepas didapati melanggar hukuman perintah berkurung itu. – Agensi
0 Komentar untuk "Remaja Bebas Daripada Penjara Kerana Terlalu Tinggi"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info