POLIS pada malam Selasa mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan imej seorang lelaki melarikan diri dari lokasi dua pelancong warga British, Hannah Witheridge dan David Miller dibunuh dengan kejam.
Detektif sedang memburu pembunuh tersebut yang disifatkan sebagai ‘suspek utama’ dalam insiden pembunuhan yang menggemparkan di pantai Pulau Koh Tao itu.
Pegawai polis mendedahkan rakaman imej tersebut selepas menyoal siasat enam pekerja asing yang dipercayai warga Myanmar bagi membantu siasatan berhubung kematian Hannah dan David di pulau peranginan tersebut.
Leftenan Kolonel Somsak Noord yang mengetuai siasatan itu berkata, lelaki di dalam rakaman CCTV itu dilihat berulang-alik di kawasan itu, ada kalanya dalam keadaan tergesa-gesa dalam tempoh mangsa dibunuh.
“Kami dalam proses untuk mengenal pasti lelaki tersebut,” katanya, lapor mStar.
0 Komentar untuk "Pelancong dibunuh kejam, Rakaman CCTV didedah"