>>>>>

Kerana iPhone 6 Lelaki Sanggup Sewakan Kekasih Kepada Orang Lain



CHINA – Kerana terlalu inginkan telefon iPhone6, seorang lelaki tergamak menyewakan wanitanya dengan hanya RM5 sejam untuk membeli telefon itu.

Wei Chu, 25, dikatakan menyebarkan poster menawarkan teman wanitanya untuk disewa di luar Universiti Songjiang, Shanghai. Selain dari kadar sejam, teman wanitanya, Xiao Ai juga disewakan pada kadar RM26 sehari atau RM263 sebulan.

Tetapi, Wei Chu hanya menyewakan teman wanitanya untuk tujuan makan malam atau teman untuk belajar sahaja dan aktiviti seks tidak dibenarkan. Menurut Wei Chu, Xiao Ai bersetuju dengan cara dia mendapatkan duit untuk membeli iPhone 6 ini.
0 Komentar untuk "Kerana iPhone 6 Lelaki Sanggup Sewakan Kekasih Kepada Orang Lain"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info