>>>>>

Jumpa Mayat Bayi Lelaki Dalam Longkang



KUALA LUMPUR – Mayat bayi lelaki cukup sifat, ditemui dicelah batu dalam longkang besar berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Wilayah, dekat sini, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, mayat bayi itu ditemui pekerja pembersihan Alam Flora yang sedang memotong rumput, kira-kira jam 10.30 pagi, sebelum dimaklumkan kepada anggota polis rondaan bermotosikal.

Menurutnya, kes dimaklumkan ke Balai Polis Jinjang dan pegawai penyiasat bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat.

“Ketika ditemui bayi berkenaan lengkap berpakaian berwarna merah jambu, termasuk memakai sarung kaki dan tangan.

“Pemeriksaan juga mendapati bayi berkenaan masih bertali pusat dan dipercayai berusia beberapa minggu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. Orang ramai diminta menyalurkan maklumat dan berhubung dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul. - Sinar Harian Online
0 Komentar untuk "Jumpa Mayat Bayi Lelaki Dalam Longkang"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info