>>>>>

Inilah Manfaat Kentut Dalam Kesihatan



Kentut atau buang angin bagi kebanyakan orang, boleh jadi menjadi sesuatu yang pantang jika dilakukan di tempat umum. Kenapa, kerana menimbulkan bau busuk apalagi kalau kentutnya tidak berbunyi.

Kentut merupakan aktiviti alami dari tubuh kita. Seringkali kita terhantuk antara norma dengan kesihatan sampai-sampai kentut pun ditahan-tahan yang justru menimbulkan kesan kurang bagus bagi tubuh.

Dari sisi kesihatan, aktiviti kentut menunjukkan adanya aktiviti usus yang baik. Seseorang yang baru menjalani pembedahan dengan bius total perlu menunggu hingga tiba saatnya kentut, sebelum dirinya dibenarkan doktor untuk makan dan minum. Kentut sering dijadikan panduan oleh doktor dan pegawai kesihatan lain bahawa fungsi usus telah kembali normal.


Menurut para penyelidik di University of Exeter, dos kecil hidrogen sulfida membantu menjaga sel-sel sihat dan dengan demikian membantu menangkis penyakit seperti demensia, kencing manis, dan bahkan kanser.

Dengan kata lain, bau kentut boleh menjadi perkara terbaik yang anda lakukan. Para penyelidik di University of Exeter mencari bahawa hidrogen sulfida yang biasanya dihasilkan dalam usus menghasilkan gas toksik dalam dos besar, namun anda tidak perlu takut kerana sebenarnya gas-gas tersebut justru bermanfaat bagi kesihatan anda.

"Walaupun hidrogen sulfida dikenali sebagai gas berbau busuk seperti telur busuk dan membuat perut kembung, sebenarnya gas tersebut boleh menjadi pahlawan kesihatan dengan implikasi yang signifikan untuk terapi pelbagai penyakit," kata para penyelidik Exeter,

(Fox News)
0 Komentar untuk "Inilah Manfaat Kentut Dalam Kesihatan"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info