>>>>>

Video: Pengawal Istana Buckingham Kantoi Jelir Lidah



PENGAWAL keselamatan yang berkawal di Istana Buckingham, United Kingdom sememangnya menjadi tarikan kebanyakan pelancong untuk mengabadikan gambar mereka bersama-sama pengawal yang bertugas.
Dalam skop kerja mereka, pengawal tersebut diminta tidak menunjukkan sebarang ekspresi muka walaupun sering kali diusik pelancong yang gemar mengacau mereka.

Mereka perlu sentiasa fokus dengan muka ‘serius’ ketika menjalankan tugas walau dalam keadaan apa sekali pun.

Namun, baru-baru ini menerusi rakaman video seorang pelancong, seorang pengawal telah kantoi membuat ekspresi muka malah dia juga sempat mengeluarkan lidah ke arah si perakam.

Pihak istana yang bertanggungjawab telah sedia maklum dengan perkara tersebut dan akan menyiasat kesahihan video itu sama ada ianya asli ataupun hanya sekadar ‘prank‘. – MYNEWSHUB.MY

GUARD 

GUARD1 

GUARD2 

GUARD3.


1 Komentar untuk "Video: Pengawal Istana Buckingham Kantoi Jelir Lidah"

Haha..memang sengaja kot sebab boring giler..

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info