>>>>>

Pasangan Suami Isteri Ini Enggan Kebumikan Anak Mereka Yang Meninggal Dunia

budak11

Sepasang suami isteri enggan mengebumikan mayat dua anak mereka yang meninggal dunia minggu lalu akibat terjatuh dalam kuari berbahaya, sehingga pihak berkuasa memberikan penjelasan kenapa kuari itu masih belum ditutup.

Pasangan itu, Cai Libiao dan Wang kini meletakkan mayat anak mereka, Chung , 3 dan Hu, 5, dalam bilik beku.

Chung dan Hu terjatuh dalam lubang kuari berkenaan ketika bermain bersama rakan-rakan mereka.

Lubang itu telah digali sejak dua tahun lalu bagi membolehkan laluan baru dibina.

Bagaimanapun ia telah terbiar dan dipenuhi dengan air, sekali gus menjadi tarikan kepada kanak-kanak untuk bermain di situ.

Libiao dan Wang, kini merayu untuk mendapatkan pampasan dan penjelasan daripada pihak berkuasa mengenai kejadian malang itu.

Menurut jiran mereka, Shen Pai, pasangan berkenaan bertindak demikian kerana mahukan penjelasan agar perkara sama tidak berulang.

“Pihak berkuasa mengetahui bahawa lubang itu sangat bahaya namun mereka tidak melakukan apa-apa meskipun sudah banyak aduan dibuat, lapor Mynewshub.
0 Komentar untuk "Pasangan Suami Isteri Ini Enggan Kebumikan Anak Mereka Yang Meninggal Dunia"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info