>>>>>

Pasangan 'Pengantin' Separuh Bogel Mengaku Bersalah


IPOH - Dua model yang berpakaian separuh bogel sewaktu menjalankan sesi penggambaran di Jalan Sultan Yusuf di sini Isnin lalu mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan di Mahkamah Majistret Ipoh, di sini, semalam.

How Jo Yee, 21 dan Low Kah Wai, 27, didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu mengganggu kententeraman awam (public nuisance) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 290 kanun sama dengan denda tidak melebihi RM400.

Majistret Haslinda A Raof menjatuhkan hukuman denda RM400 dan jika gagal bayar,  penjara sebulan akan dikenakan ke atas kedua-dua model terbabit.SINARHARIAN

0 Komentar untuk "Pasangan 'Pengantin' Separuh Bogel Mengaku Bersalah"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info