SLIM
RIVER : Pasangan kekasih warga Indonesia yang sedang asyik bermadu
kasih di sebuah rumah kongsi tapak pembinaan projek perumahan Taman
Sekiah Makmur Behrang Ulu, terkejut dengan kehadiran pegawai
Penguatkuasa Jabatan Agama Islam (Jaipk) Ulu, di sini, semalam.
Wanita
berusia 41 tahun yang dikenali sebagai Diana bersama pasangannya
dikenali sebagai La Saudi, 29, terkejut dengan kehadiran pegawai
penguatkuasa Jaipk yang membuat serbuan dalam Operasi Bersepadu di lima
lokasi di sini, kira-kira jam 3.10 pagi semalam.
Ketua
Cawangan Imigresen Teluk Intan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, namun
begitu, percubaan wanita itu untuk melompat pengadang dinding papan
lapis setinggi 1.2 meter gagal kerana pegawai Jaipk berjaya menahan
kedua-dua warga Indonesia berkenaan.
“Kedua-dua mereka yang terkejut dengan kehadiran pegawai Jaipk, cuba menafikan mereka berkhalwat ketika dicekup.
“Mereka
kini akan di hadapkan ke Mahkamah Syariah Slim River dalam waktu
terdekat atas kesalahan berkhalwat,” katanya kepada pemberita di Pejabat
Imigresen Cawangan Teluk Intan, di sini, semalam.
Khairul
Anuar berkata, selain pasangan warga Indonesia itu, pihaknya juga
menahan 12 warga lndonesia dalam operasi sama yang bermula jam 1 pagi
dan berakhir jam 3.30 pagi
Katanya,
Operasi Bersepadu yang membabitkan 58 pegawai dari Jabatan lmigrsen
Teluk lntan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara
dan Jaipk membuat serbuan di lima lokasi berbeza di kawasan Slim River.
Katanya,
kesemua warga Indonesia itu melakukan kesalahan di bawah Akta lmigresen
1959/63 (Akta 155) dan peraturan peraturan lmigresen 1963.
“Kesemua
mereka yang ditahan reman di Depot Tahanan Imigresen dan untuk siasatan
lanjut sebelum didakwa di mahkamah,” katanya. - Sinar Harian
0 Komentar untuk "Pasangan Kekasih Di Cekup Ketika Sedang Asyik Bermadu Kasih"