>>>>>

Nenek Di Kecam Kerana Muat Naik Gambar "Dera" Cucu

cucu

Seorang nenek di Ohio, Amerika Syarikat telah disiasat oleh pihak berkuasa selepas tindakannya memuat naik gambar cucunya mendapat kritikan daripada rakan-rakan Facebooknya.

Jackie Sheaks sama sekali tidak menyangka gambar cucunya yang diambil dengan tujuan untuk bergurau menimbulkan kebimbangan di kalangan pelayar Facebook.


Menerusi dua gambar yang dikongsikannya itu, menunjukkan cucu perempuannya dibaringkan dalam dulang pembakar ketuhar selain pipi cucunya diletakkan pita pelekat bersama puting.

cucu1

Menurut Jackie, dia mempertahankan perbuatannya itu yang disifatkan langsung tidak berniat untuk mencederakan cucu kesayangannya itu.

“Apa yang kami rasakan kelakar dan lucu, mungkin orang di luar sana tak rasa begitu. Itulah pengajaran yang boleh saya ambil daripada kes ini,” katanya, lapor Mynewshub.
0 Komentar untuk "Nenek Di Kecam Kerana Muat Naik Gambar "Dera" Cucu"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info