>>>>>

MH17: Suasana Sedih Selubungi Hari Pengebumian

Sedih

PUTRAJAYA – Dua jenazah penumpang MH17, Ahmad Hakimi Hanapi dan Nur Shazana Mohamed Salleh tiba di Tanah Perkuburan  Islam Taman Selatan di sini untuk disemadikan kira-kira jam  1 tengah hari tadi. Kedua-dua jenazah yang tiba menaiki dua kereta jenazah selepas selesai disembahyangkan di Masjid Putra diiringi ahli keluarga.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharum, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Kemajuan Luar Bansar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.

Bacaan talkin akan disempurnakan Imam Besar Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Hazarudin Baharudin. Sementara itu, suasana sedih menyelubungi majlis pengkembumian berkenaan yang turut dihadiri waris, ahli keluarga mangsa, kakitangan MAS dan orang ramai, lapor Sinar Harian.
0 Komentar untuk "MH17: Suasana Sedih Selubungi Hari Pengebumian"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info