>>>>>

Mayat Pesakit Wabak Ebola Di Biarkan Di Tengah Jalan

Mayat Ebola

Liberia – Penularan wabak Ebola kini semakin buruk. Ketakutan yang dialami penduduk menyebabkan mereka meninggalkan sahaja mayat pesakit Ebola mereput di jalanan kerana ahli keluarga bimbang mereka juga akan dijangkiti virus itu jika mereka menguruskan mayat untuk pengebumian.

Malah mayat itu diheret ke jalan, bagi mengelakkan seluruh anggota keluarga dikuarantin. Mayat pesakit Ebola boleh menjangkiti orang lain melalui luka atau pendarahan di bahagian mulut dan mata. Setakat ini ia telah menyebabkan 900 nyawa terkorban di seluruh Afrika Barat.

Minggu lepas, kerajaan Liberia telah mengumumkan langkah tegas untuk mengawal wabak berkenaan iaitu dengan menutup skolah, melaksanakan kuarantin bagi seluruh anggota keluarga pesakit dan mengesan saudara mara pesakit.


Langkah tegas itu menyebabkan ramai penduduk tempatan membiarkan mayat pesakit reput di jalanan dan ia dilakukan senyap-senyap bagi mengelakkan mereka dikesan.

Namun pihak berkuasa menentang perbuatan penduduk itu kerana ia mendekatkan lagi mereka dengan penyakit berkenaan apabila mereka menyentuh mayat ketika diseret ke jalan.

Sebaliknya, pihak berkuasa meminta penduduk menghubungi pasukan penyelamat dan pihak terbabit akan mengambil mayat berkenaan dengan menggunakan semua aspek keselamatan bagi mencegah

penularan. Dengan hanya sebahagian kecil sahaja pesakit Ebola berjaya disembuhkan, penyakit ini kini disifatkan sebagai perangkap maut.

Isnin lalu, kerajaan juga mengumumkan bahawa semua mayat pesakit Ebola perlu dikebumikan segera kerana bimbang penularan penyakit berkenaan bakal melumpuhkan sistem kesihatan di negara miskin itu.
Arahan dikeluarkan selepas majlis pengebumian 20 pesakit Ebola menjadi kecoh selepas keluarga melarang ia dilaksanakan segera, lapor Mynewshub.
0 Komentar untuk "Mayat Pesakit Wabak Ebola Di Biarkan Di Tengah Jalan"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info