>>>>>

Kejam..!! Remaja Sembelih Rakan Sekelas



SEORANG remaja perempuan berumur 15 tahun di Jepun didakwa melakukan pembunuhan kejam yang menggemparkan negara itu.

Pihak berkuasa yang melakukan serbuan di kediaman suspek di Sasebo, barat daya Tokyo terkejut selepas mereka menemui tubuh mangsa dalam keadaan mengerikan di bilik tidurnya yang dipenuhi darah.

Hasil siasatan awal polis mendapati, Aiwa Matsuko dipukul hingga mati dengan senjata tumpul sebelum kepala dan tangan kirinya disembelih tanpa belas kasihan oleh suspek yang identitinya tidak didedahkan kepada umum.

"Mangsa ada mengirim khidmat pesanan ringkas kepada ibu bapanya untuk memberitahu dia ke rumah suspek. Bagaimanapun, Matsuko tidak pulang ke rumah hingga menyebabkan ibu bapanya bertindak membuat aduan kepada pihak berkuasa," kata jurucakap polis.

Menurutnya lagi, kedua-dua remaja itu dipercayai bersendirian ketika kejadian tersebut lapor Daily Mail

"Suspek mengaku membunuh rakan sekelasnya, namun tidak mendedahkan motif sebenar kejadian terbabit. Polis sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden pembunuhan mengerikan tersebut," jelasnya.

Kira-kira 10 tahun lalu, penduduk Sasebo pernah dikejutkan dengan kejadian seorang kanak-kanak perempuan ditikam hingga mati oleh rakan sekelasnya.
0 Komentar untuk "Kejam..!! Remaja Sembelih Rakan Sekelas"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info