>>>>>

Hebat..!! Askar Tiada Kaki Cipta Rekod Dunia

Double amputee Georgian soldier sets new Guinness World Record

TBILISI, Georgia – Seorang askar yang kedua-dua kakinya dipotong kerana cedera ketika berkhidmat di Afghanistan mencipta rekod dunia melakukan tekan tubi di sini kelmarin.


Askar itu, Korporal Temur Dadiani, 22, membuat tekan tubi sebanyak 36 kali dalam tempoh hanya 38.25 saat.Beberapa rakan dan Ketua Staf Angkatan Tentera Georgia, Vakhtang Kapanadze menyaksikan Dadiani melakukan tekan tubi itu.

Dadiani hilang kedua-dua kakinya selepas dia berdiri di atas bahan letupan ketika berkhidmat di wilayah Helmand pada Ogos 2011, lapor  Agensi.
0 Komentar untuk "Hebat..!! Askar Tiada Kaki Cipta Rekod Dunia"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info