>>>>>

Gadis Dipuji Kerana Potong Kemaluan Lelaki Cuba Merogolnya


New Delhi: Seorang remaja perempuan mendapat pujian polis India kerana keberanian memotong kemaluan bapa saudara yang cuba merogolnya.

Kejadian dilaporkan akhbar Independent itu berlaku di wilayah Madhepura di negeri Bihar.

Remaja berusia kira-kira 17 tahun terbabit pertama kali dirogol bapa saudaranya pada 1 Julai lalu selepas dibawa ibunya untuk ‘berubat’ dengan lelaki berkenaan yang juga dikenali penduduk setempat sebagai dukun.


Gambar Hiasan


Mangsa yang didakwa mengalami gangguan makhluk halus dibawa bapa saudaranya ke sebuah bilik sebelum diikat tangan serta mulutnya untuk dirogol.

Keesokan hari, bapa saudaranya itu datang melawat mangsa dan meminta dia datang sekali lagi ke rumah berkenaan kononnya untuk dipulihkan.

Bagaimanapun kali ini remaja terbabit datang dengan persediaan lebih – dia membawa alat perakam dan pisau bagi membolehkannya merakamkan perbualan dengan lelaki itu yang sekali lagi didapati cuba merogolnya.

Bersedia dengan serangan seksual baru, remaja perempuan terbabit melawan dan nekad memotong kemaluan bapa saudaranya ketika sekali lagi cuba dirogol.

Ditanya sama ada tindakan akan diambil terhadap remaja terbabit, pegawai kanan polis tempatan berkata, tiada sebab untuk itu.

“Sepatutnya dia dipuji kerana berani,” katanya.- Agensi

 HarianMetro
0 Komentar untuk "Gadis Dipuji Kerana Potong Kemaluan Lelaki Cuba Merogolnya"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info